Alhamdulillah ..
Selama 3 sem kita bersama menimba ilmu,
akhirnya musim peperiksaan datang kembali..
time nie mulalah kami semua sibuk cari nota kawan yang tak sempat
lengkap, print soalan exam yang lepas –
lepas, Photostat nota kawan dan macam- macam lagi.. Begitulah gelagak kami pelajar UUM setiap
tahun…
Sebelum saya start stady saya nak cerita
sedikit gelagak dan kerenah kawan – kawan saya disini sebelum memduduki
peperiksaan semester pertama sesi 2012 /2013..=)
Si comey nie nama die Iezara Iman A.K.A Shima..
Kawan saya yg paling kelakar dan yang paling
menghiburkan dalam group kami.. bila dia dah mula gelak riuh satu blok dengan
suara die.. sekarang die xde kat sini
sebab bercuti di Kuala Lumpur..katanya nak release tension sebelum exam..kalau
nak tahu die nie selalu bzy dengan assignment ..bila kami nak ajak keluar
je..ada le alasan die..katanya..’’aku pening banyak assignment nak kena hantar’’ hurmm..kami semua dah faham dengan perangai
kawan saya yg comel n chabby ne..really miss u mekk..cepat le balik..bear awk
ada kat bilik saya nie…=)
Member saya yg ke-2..nama die Fatien Zali..
Kalau nak tahu kawan saya yang nie le selalu
nak cari gaduh dengan saya..dalam sehari kalau x gaduh antara kami berdua memag
tak sah..asal jumpa je mesti gaduh..kalau x jumpa die sehari memang x
boleh..ada je cerita die..tengok tu.,kawan saya yang sorang nie rajin stady
taw..sejak akhir – akhir nie dah rajin pi library..kemana saya pergi mesti kena
bawa die tak kisah le pergi dating ke, makan ke. jalan – jalan ke tetap ada
die..die tak bagi saya kuar sorang2..(sayang
tol kat kawan die kan takut kawan die kena culik..heheh..)miss u cayang..=)
nanti kita stady sama2 taw..
Kawan saya yang ke – 3 nama die syamirul mahirah..
Hurmm..kalau nak tahu kawan saya nie degil
cikit orangnya..die ada masalah kesihatan sedikit..sebab tu kitorang selalu
take care kat die..nak2 die yang paling kecik antara kami..nama pun adik
kan..maklumlah anak bangsu dalam keluarga..kami semua tak benarkan die makan maggi
disebabkan kesihatan die yang tak mengizikan..ramai2 kawan saya fatien le yang
akan jadi mak tiri kepada mirul nie..heheh..die xkan sesekali bagi kawan saya nie
makan maggi..tapi lain pula dengan saya..hehe..saya x boleh tengok kalau dia merayu
dekat saya yang die nak sangat makan maggi..katanya die nak makan sekali tu
jee..so saya benarkan dia makan…heheh..=) esok kawan saya nie akan balik rumah kakaknya
di Kuala Lumpur..take care sayang..tinggal lah kami berempat kat Utan Sintok
nie..
Nie kawan saya yang ke-4 nama die siti azrina a.k.a nana..
Gadis bertudung biru nie nama die nana..dalam
group kami die le yang paling aktif dalam apa – apa program..memang bzy
orangnya dengan even, aktiviti kelab dan persatuan mengalahkan PM..hehe..(gurau
je cayang..jgn marah..=)) kesian kawan saya yg sorang nie selalu kena tinggal
dengan roomate die..so bersendirian le die sorang – sorang kat bilik tu layan
movie ADAM HAWA..kami selalu lepak di bilik die kerana bilik die adalah centre
antara bilik kami semua…=)
Yang nie pula kawan saya yang ke-5 nama die nur adilah..
Gadis yang kecik molek nie nama die dyla..
sekarang die berada di Terengganu bersama keluarga tersayang..awal2 lagi die
dah tinggal kami semua..katanya die balik kampung sebab ingin mencari
ketenangan buat sementara waktu dan bebas dari semua assignment..hurmmm..saya pun
nak balik kampung juga tapi disebabkan ada sedikit masalah terpaksa
tangguh..huhuhu..ok lah sayangku..selamat bercuti bersama keluarga..take ur
tyme..=) jangan lupa bawa kerepok lekor untuk kawan2 disini taw.
Kawan saya yang paling sporting..nama die Siti Noor Asiah ..
Hahah.nie roomate kepada si Fatien. Cik Yah
kita nie memang kelakar orangnya..die nie x boleh berpisah sedikit dengan Fatien
..pantang fatien xde kat bilik je mesti call tanya ada kat mana..sekarang die
tengah sakit kepada disebabkan ada masalah dengan pakaian pengantin yang belum dihantar lagi..hehe..kesian
kami tengok die..=) esok kita sama – sama hantar k..xmo sedih2 ye cayag nanti
tak comey tw..
=)
Masa untuk saya stady dan tutup blog buat sementara waktu..heheh..Doa
Peperiksaan untuk sayang – sayangku semua..jangan lupa amalkan taw..moga kita
mendapat keberkatan dan dipermudahkan kita menjawab soalan dengan baik..^_^
DOA
SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma
Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya
Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa
kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami.
Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan
dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik
dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah
dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami
dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya
Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah
kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami
golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah
usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta
berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ،
وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ
اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ
اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ
وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ
سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ
ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى
اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ
رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA
SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu
sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya
Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau
ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami
memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah
dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat
Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah
hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya
oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami
nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon
keampunan-Mu Ya Ghaffar,

