Friday, December 21, 2012

Untuk Kamu Sahabatku..


Alhamdulillah ..

Selama 3 sem kita bersama menimba ilmu, akhirnya musim peperiksaan datang kembali..  time nie mulalah kami semua sibuk cari nota kawan yang tak sempat lengkap,  print soalan exam yang lepas – lepas, Photostat nota kawan dan macam- macam lagi..  Begitulah gelagak kami pelajar UUM setiap tahun…

Sebelum saya start stady saya nak cerita sedikit gelagak dan kerenah kawan – kawan saya disini sebelum memduduki peperiksaan semester pertama sesi 2012 /2013..=)


Si comey nie nama die Iezara Iman A.K.A Shima..

Kawan saya yg paling kelakar dan yang paling menghiburkan dalam group kami.. bila dia dah mula gelak riuh satu blok dengan suara die..  sekarang die xde kat sini sebab bercuti di Kuala Lumpur..katanya nak release tension sebelum exam..kalau nak tahu die nie selalu bzy dengan assignment ..bila kami nak ajak keluar je..ada le alasan die..katanya..’’aku pening banyak assignment nak kena hantar’’  hurmm..kami semua dah faham dengan perangai kawan saya yg comel n chabby ne..really miss u mekk..cepat le balik..bear awk ada kat bilik saya nie…=)

Member saya yg ke-2..nama die Fatien Zali..

Kalau nak tahu kawan saya yang nie le selalu nak cari gaduh dengan saya..dalam sehari kalau x gaduh antara kami berdua memag tak sah..asal jumpa je mesti gaduh..kalau x jumpa die sehari memang x boleh..ada je cerita die..tengok tu.,kawan saya yang sorang nie rajin stady taw..sejak akhir – akhir nie dah rajin pi library..kemana saya pergi mesti kena bawa die tak kisah le pergi dating ke, makan ke. jalan – jalan ke tetap ada die..die tak  bagi saya kuar sorang2..(sayang tol kat kawan die kan takut kawan die kena culik..heheh..)miss u cayang..=) nanti kita stady sama2 taw..



Kawan saya yang ke – 3 nama die syamirul mahirah..

Hurmm..kalau nak tahu kawan saya nie degil cikit orangnya..die ada masalah kesihatan sedikit..sebab tu kitorang selalu take care kat die..nak2 die yang paling kecik antara kami..nama pun adik kan..maklumlah anak bangsu dalam keluarga..kami semua tak benarkan die makan maggi disebabkan kesihatan die yang tak mengizikan..ramai2 kawan saya fatien le yang akan jadi mak tiri kepada mirul nie..heheh..die xkan sesekali bagi kawan saya nie makan maggi..tapi lain pula dengan saya..hehe..saya x boleh tengok kalau dia merayu dekat saya yang die nak sangat makan maggi..katanya die nak makan sekali tu jee..so saya benarkan dia makan…heheh..=)  esok kawan saya nie akan balik rumah kakaknya di Kuala Lumpur..take care sayang..tinggal lah kami berempat kat Utan Sintok nie..




Nie kawan saya yang ke-4 nama die siti azrina a.k.a nana..

Gadis bertudung biru nie nama die nana..dalam group kami die le yang paling aktif dalam apa – apa program..memang bzy orangnya dengan even, aktiviti kelab dan persatuan mengalahkan PM..hehe..(gurau je cayang..jgn marah..=)) kesian kawan saya yg sorang nie selalu kena tinggal dengan roomate die..so bersendirian le die sorang – sorang kat bilik tu layan movie ADAM HAWA..kami selalu lepak di bilik die kerana bilik die adalah centre antara bilik kami semua…=) 

 

Yang nie pula kawan saya yang ke-5 nama die nur adilah..

Gadis yang kecik molek nie nama die dyla.. sekarang die berada di Terengganu bersama keluarga tersayang..awal2 lagi die dah tinggal kami semua..katanya die balik kampung sebab ingin mencari ketenangan buat sementara waktu dan bebas dari semua assignment..hurmmm..saya pun nak balik kampung juga tapi disebabkan ada sedikit masalah terpaksa tangguh..huhuhu..ok lah sayangku..selamat bercuti bersama keluarga..take ur tyme..=) jangan lupa bawa kerepok lekor untuk kawan2 disini taw.


Kawan saya yang paling sporting..nama die Siti Noor Asiah ..

Hahah.nie roomate kepada si Fatien. Cik Yah kita nie memang kelakar orangnya..die nie x boleh berpisah sedikit dengan Fatien ..pantang fatien xde kat bilik je mesti call tanya ada kat mana..sekarang die tengah sakit kepada disebabkan ada masalah dengan pakaian  pengantin yang belum dihantar lagi..hehe..kesian kami tengok die..=) esok kita sama – sama hantar k..xmo sedih2 ye cayag nanti tak comey tw..


=)
Masa untuk saya stady dan tutup blog buat sementara waktu..heheh..Doa Peperiksaan untuk sayang – sayangku semua..jangan lupa amalkan taw..moga kita mendapat keberkatan dan dipermudahkan kita menjawab soalan dengan baik..^_^



DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.



Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
                                                                




DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya

Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya

Ya Allah Ya Ghaffar ,

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ



No comments:

Post a Comment